Monday, October 27, 2008

dikala menyiapkan slide presentation...

buat masa ini, bagi pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan mekanikal sedang berhempas pulas dan bertungkus-lumus menyiapkan slide untuk presentation yang akan bermula pada esok hari..presentation yang menjadi indicator untuk markah bagi subjek Projek Sarjana Muda 1 (PSM1)..aku?!!..aku akan membuat presentation pada hari rabu sesi petang bersama-sama rakan yang lain..so, slide presentation aku belum siap lagi..biasalah..suka buat kerja last minute..cuak tak?!!..memang cuak habis..baru hari ini terfikir baju dan kasut yang perlu dipakai..di dalam hati ingin memakai baju bengkel, seluar slack dan safety shoes sahaja..di dalam buku panduan hanya menyatakan baju formal, kemas dan sopan..so, itulah baju yang sopan aku ada buat masa ini..bukan tidak mahu mengenakan baju kebangsaan (baju kurung), tetapi memikirkan seperti tidak kena tajuk jika memakai baju kurung..huhuhu..

hari ini, hari deepavali..dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali untuk rakan-rakan yang beragama Hindu (ada ke kwn aku yg India bace blog nie?ah..abaikan..)hari ini dimulakan dengan memasak nasi lemak sebab terdapat lebihan sambal sotong semalam..kemudian, sambil menyiapkan slide sambil menonton cerita tamil malaysia..ada kenchana devi..best gak cite tue..layan jer..petang, keluar untuk menghirup udara segar melaka ini..pergi ke pasar malam bersama-sama teman serumah..dan sekarang cuba untuk menyiapkan slide presentation..

teringat perbualan bersama dalila di dalam kereta semasa on the way ke mp..bercerita tentang teman hidup dan pengalaman orang lain yang dapat dijadikan teladan..aku telah mengeluarkan statement lebih kurang macam nie lar:

"aku sekarang xnk mencari bf tetapi mencari teman hidup..jika ada org yang dtg mengetuk hati aku secare tetibe dan aku merasekan dia sesuai untuk dijadikan teman hidup, aku terima seadanya..tetapi bkn pada masa sekarang lar..selepas abs kite blaja nnt lar"

mungkin ada pendapat mengatakan ini adalah keputusan yang drastik or cm desperate jer..tetapi tidak pada aku..aku tidak mahu mengenali seseorang dalam jangka masa yang lama tetapi akhirnya tidak dapat bersama..dan aku pula mengalami gangguan emosi disebabkan kecewa..ini adalah kerugian..aku tidak mahu menanggung kerugian itu..ada juga akan mengatakan 'u bkn lah perfect sgt smpai tetibe ade org nk dkt u'..memang aku bukan lah perfect, cantik pon tidak, harta xbanyak..tetapi inilah yang akan aku lakukan..jika tiada sesiapa yang datang mengetuk pintu hati ini..talian kecemasan akan digunakan..iaitu pilihan emak..mom's know the best..mungkin sedikit kolot tetapi itulah realiti nya..bercerita tentang hati dan perasaan memang tidak pernah habis..ada sahaja pengalaman orang yang boleh dijadikan teladan..

aku mengeluarkan cerita tentang hati dan perasaan kerana aku masih teringat akan kiriman sms yang telah aku berikan kepada lynn tidak lama dahulu..aku menanyakan padanya 'kenapa aku perlu mempunyai bf pada masa sekarang..be honest..bg 5 sbb'..dan lynn pon membalas sms tersebut even pada waktu itu jam menunjukkan lebih kurang jam 1.00 am..ini jawapan nya:

"supaye hg ade teman berkongsi mende2 remeh ari2..supaya dpt merasa disygi n dijaga oleh seseorg yg bernama lelaki..supaye bile ade ape2 hal yg memerlukan tenaga lelaki, hg ade someone yg bole diharap..supaye ade teman merase asam garam hidup..n last sekali supaye ade potential calon nk wat laki.."

semua reason yang diberi adalah benar mengikut hati kecil aku ini berkata..tetapi aku tidak menemui nya lagi..dulu, pernah ada perasaan menyayangi dan disayangi tetapi aku melepaskan jauh-jauh perasaan itu disebabkan terdapat halangan-halangan yang aku sendiri ciptakan..agak menyesal tetapi aku tidak akan menoleh ke belakang semula..aku kuatkan semangat dan lupakan apa yang berlaku..sekarang, mungkin aku memerlukan seseorang yang dapat menjadi teman tapi mesra sebelum dapat menjadi calon untuk dibuat sebagai husband..harap-harap orang itu dapat muncul dalam hidupku tidak kira masa dan ketikanya..

::cinta memang perlu dicari tetapi ia akan menjadi lebih tulus jika ia datang dengan sendirinya::

2 comments:

iovantgarde said...

catt..,ak,farid ngn naim masih lagi single..ade pape borang nak kene isik tak?ade chance tak utk kami??tolonglah..kami desperate nie..hahhaha

catt said...

kuang asam korg..sejak bile naim tue single lg?kang free2 aku kena kejar ngan awek die..huhuhu..