Tuesday, October 21, 2008

sakit sudah datang kembali..

hari ini, bagi pelajar bmcs dan seluruh warga utem akan bermulalah 1 lagi episod baru dalam hidup masing-masing..bukan episod baru supernatural mahu pun grey's anatomy..episod baru yang dimaksudkan ialah peperiksaan final bagi semester ini..setelah semester lepas tidak mengambil peperiksaan, perasaan cuak, takut, gugup dan lain-lain lagi telah mula terasa di dalam hati masing-masing..ini kerana slip peperiksaan telah mula diedar kan oleh fakulti..dan jadual peperiksaan ku bermula dari 6 november 2008 hingga 20 november 2008..dengan ini, lengkaplah kali ke-6 aku menduduki peperiksaan di utem..inilah subjek yang akan diduduki nanti:

6/11/08 - Analisis kegagalan tanpa musnah (sangat berharap subjek ini tidak membuatkan result ku musnah)
9/11/08 - Sistem pembuatan (servis subjek yang agak membosankan)
12/11/08 - Pengukuran & Instrumentasi (subjek yang paling lambat lecturer masuk kelas)
14/11/08 - Tribologi (subjek paling lepak)
20/11/08 - Pengurusan Projek (banyak yang perlu dibaca)

inilah 5 kertas peperiksaan yang perlu diambil pada semester ini..tidak lama lagi akan datanglah penyakit seperti kurang tidur, selsema, demam, kecelaruan mental dan 'penyakit-penyakit pelajar yang mengambil peperiksaan' yang lain lagi..kemudian, ramailah pula yang menjadi rakan baik..sebab nya cuba ingin mendapatkan 'hint' dari rakan yang ada..berharap jika sesiapa yang ada 'hint' yang boleh dipercayai silalah berkongsi dengan rakan-rakan yang lain juga..janganlah kedekut sangat..huhuhuhu..semoga peperiksaan kali ini dapat menambah CGPA yang tidak berapa banyak itu..marilah kita sama-sama berdoa untuk pelajar-pelajar universiti yang akan mengambil peperiksaan tidak lama lagi supaya dapat menjawab dan menghadapi segala cabaran yang datang..aminnn..

1 comment:

iovantgarde said...

bagus catt..penggunaan bahasa semakin bagus..hehe..kalau ade hint,,jgn segan2 btau ak ek..sharing is caring..cewah