Wednesday, August 25, 2010

kenangan..


Gambar terakhir masa bercuti di Cameron Highland 2009.

As-Salam rakan-rakan,

Ramadhan kali ini mmg disambut secara sederhana. Ini kerana aku br kehilangan ayahnda tercinta 16/08/2010 kerana Kanser Hati yg br diketahui 2 bln yg lepas. Sengaja aku tak mahu mengupdate di blog pasal ayahanda ku ini.

Beliau pergi dengan keadaan yg paling tenang skali. Nasib baik pada minggu tue kami adk beradk mmg blk pkg utk menyambut ramadhan. Kronologi spt dibawah:

Jumaat 13/08/10 - Abs keje terus blk. Skali dgn abg n adik. Smpai di rumah aku terkejut dgn keadaan abah yg amat uzur sbb br 2 minggu x jumpa. Muka abah sgt cengkung, badan sgt kurus n kekuningan. Kami smpai umah dlm kul 12.30am & abah tggu kami kt atas katil dkt ruang tamu tue.

Sabtu 14/08/10 - Abah agak teruk condition nyer. Hanya terbaring ats katil dlm bilik. Masih lg bole berjalan ke bilik air & solat. Batuk berdarah agak kerap. Mulut pon dh ada kesan darah. Makan & minum kurang sbb tak lalu. Amek semayang aku lapkn.

Ahad 15/08/10 - Makin uzur. Tengahari pak lang & pak ngah datang melawat. Abah mcm xsedar. Terus baca yassin. Lepas tue mcm ok blk. Abah byk tdo. Senang sgt tdo. Pak Lang nk bwk g hospital. Mula-mula abah xnk masa mak tnya, kemudian dia ok. Bwk g Hospital Parit Buntar dlm kul10pm. Doc masukkan air n nmpak abah mcm ada tenaga skit. Kemudian, bwk g Hospital Penang plak. Sbb Hospital Parit Buntar xdpt buat apa2. Abah naik ambulan ngan abah yong. Kami menyusul kemudian sbb nk kemas bj sume. Smpai Hospital Penang doc kt wad kecemasan ckp abah hanya ada beberapa jam & hari sahaja lg. Kami semua terkejut, abg yg otw blk s.alam pon patah balik. Sahur pon hanya di kedai sebelah hospital & aku hanya mkn setengah roti canai n air teh panas utk alas perut.

Isnin 16/08/10 - Pagi tue abah dok ckp nk balik umah [mgkin abah dh dpt rasa kut..]. Abah mcm marah sbb bwk dia dtg hospital. Abah dok gatal2 1 badan. Jenuh jugak tahan tangan abah jangan cabut jarum yg ada kt 2-2 belah tangan. Aku n adik baca yassin n ajar abah mengucap. Sementara tggu kak liza smpai dr KB, doc masukkan ubat penenang. Dlm 2 jam abah nmpak tenang. Itulah kali terakhir aku tgk abah bergerak. Aku blk umah dulu with kak jaja. Kemas2 umah skit n ambulan pon smpai. MA tue bwk masuk abah dlm umah & tlg tukarkn baju utk abah. Aku pon rehat sekejap. Tak lama pastu kak liza bgtau abah dh macam xda. Terus aku g mengadap skali ngan mak. Aku sempat lar bisik kalimah syahadah kt telinga abah. Xlama pastu abah trus xda meninggalkan kami kt dunia ni lagi. Sungguh tenang muka abah.

Agak terasa kehilangannya sbb beliau lar paling sangat rajin mengejut kami bersahur, sanggup mencari juadah berbuka di bazar ramadhan [ye..kami adk beradk agak jarang ke bazar ramadhan if ada kt rumah] n sgt rajin ke pasar utk memenuhi permintaan kami yg nk mkn mcm2.

Tak sangka ramadhan tahun lepas adalah yg terakhir utk beliau dan hari raya tahun lepas juga yg terakhir. Aku amat bersyukur dapat menjalankn tanggungjawab seorg anak ke atas abah.

Semoga abah tenang di sana. Semoga abah ditempatkn di kalangan orang-orang yg beriman.

Al-Fatihah.
p/s:cuba utk tidak menangis masa buat entry nie.

8 comments:

illy said...

takziah catt...tabah ye...

syia said...

babe.. kuat k :)
i know ur a strong girl.. babe..sorry aku baru tau lepas baca blog ko ni

tuan said...

ALLAH lebih tau ap yg terbaik..alhamdulillah..24 tahun kau dapat rasa kasih sayng seorang ayah..

aeyreinn said...

sedihnya.. aku yg nk nangis baca entry ko. bawak bersabar byk2 ye. moga arwah ditempatkan bersama2 di kalangan org2 yg beriman

shiri said...

catt boleh

udin said...

takziah catt....semoga roh nya di cucuri rahmat...amin

skunksenn zone said...

takziah kak cat..

Adilah Rosli said...

kak kauthar,

salam takziah. wlpn da lmbt, hopefully akak stay strong.